Saya lepaskan perhubungan lima tahun - Naim Daniel patah hati, hasilkan Lelaki Gila - Utusan Malaysia

Saya lepaskan perhubungan lima tahun – Naim Daniel patah hati, hasilkan Lelaki Gila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel, mengakui patah hati kerana baru sahaja menamatkan percintaan selama lima tahun pada penghujung 2024.

Enggan mendedahkan nama wanita tersebut, Naim atau Muhammad Naim Daniel bin Baharin, 27, merasakan perpisahan adalah jalan terbaik yang perlu dipilihnya pada ketika itu.

“Hidup harus diteruskan, jika tiada jodoh, harus bagaimana lagi?

“Jika mahu kata saya hampir gila, ya boleh juga dikatakan begitu. Tapi bila masuk 2025, apa yang berlaku tahun lalu saya malas mahu fikir.

“Ya, saya yang tinggalkan perhubungan itu kerana perlu cari sesuatu untuk diri saya. Saya pun masih mencari diri saya.

“Saya tidak kisah jika tiada rezeki (percintaan) asalkan saya masih ada orang yang sokong baik keluarga, peminat dan media yang mendoakan saya sampai sekarang,” katanya.

Naim ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media XO Party House di Mutiara Damansara, semalam.

Tambah penyanyi Sumpah itu lagi, patah hati yang dilakui tidak membuatnya serik mengenai jodoh cuma tidak berniat mencari pengganti dalam masa terdekat.

“Sekarang jika ada sesiapa yang berkenan, saya okay, mungkin sekarang baru rasa ada ‘seru’ mahu kahwin.

“Sebelum ini tidak rasa mahu kahwin. Ia perasaan yang berbolak-balik. Cukuplah semua tahu saya solo sekarang cuma tidak mencari sesiapa buat masa ini.

“Saya tengah fokus lakukan apa yang saya mahu buat. Kalau betul ada masanya untuk kahwin, saya pasti jadi orang paling gembira.

“Doa kecil daripada semua yang buat saya kuat,” tambahnya.

Naim menukar perasaan kecewa dengan menghasilkan sebuah album baharu bertajuk Lelaki Gila yang bakal terbit selepas lebaran.

Ujarnya, album tersebut akan menjadi sangat peribadi dan lagu terakhir memang dicipta untuk ditujukan kepada individu tersebut.

“2024 adalah titik terendah saya. Bila album ini siap, saya anggap kesedihan sudah tertinggal di situ.

“Saya tidak mahu toleh ke sana,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya