Saya fikir kalau lawan rasuah, akan dapat sokongan semua - Anwar

Saya fikir kalau lawan rasuah, akan dapat sokongan semua – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kiri) ketika menerima cenderahati dari pihak Majlis Belia Malaysia pada majlis perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia Kali Ke-73 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyatakan rasa bingungnya apabila usaha untuk memerangi rasuah di dalam negara ini terus mendapat tentangan sesetengah pihak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebelum ini menganggap usaha untuk kepentingan negara itu akan mendapat sokongan semua pihak.

“Saya semasa menjadi Presiden (Majlis Belia Malaysia), saya fikir kalau kita menentang rasuah, bongkar dan cari balik orang yang curi harta (negara lalu) kembalikan kepada rakyat. 

”Saya fikir semua orang akan terima dan sokong terutama elit-elit politik, ahli-ahli Parlimen, pejuang-pejuang Melayu dan Islam tetapi tidak semuanya begitu,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia ke-73, di sini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perkara tersebut terjadi kerana pihak-pihak berkenaan terpukau dengan harta dan kuasa.

“Sebahagian mereka itu, siapa yang memberi dana kepada mereka? Ini penting,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya