Satu langkah lagi ke depan - Najib

Satu langkah lagi ke depan – Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Syukur Alhamdulillah. Hari ini, kita melangkah satu lagi langkah ke depan”.

Demikian hantaran terbaharu yang disiarkan di akaun media sosial rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hantaran tersebut dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada Najib yang juga bekas Presiden UMNO, untuk mencabar perintah penahanan di rumah bagi baki hukuman penjara yang dihadapinya.

Terdahulu, media melaporkan, kemenangan berpihak kepada Najib selepas Mahkamah Rayuan membenarkan beliau untuk bertindak demikian.

Dalam keputusan 2-1, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril menyokong keputusan itu, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel tiga hakim prosiding hari ini menentang penghakiman terbabit.

Menurut keputusan majoriti yang dibacakan oleh Hakim Mohd. Firuz, Najib telah memenuhi prinsip untuk memasukkan bukti baharu pada ketika ini.

Tambahan, tiada sebarang bukti untuk mencabar kewujudan atau kesahihan titah adendum itu dikemukakan oleh mana-mana responden.

Keputusan majoriti itu juga membenarkan Najib untuk mencabar perintah itu dan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk didengar di hadapan hakim lain.

Pada 3 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mencabar perintah berhubung adendum itu atas alasan kesemua afidavit yang menyokong permohonan semakan itu adalah `dengar-cakap’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya