Sasar siap projek pelancongan Kelantan sebelum TMM2026

Sasar siap projek pelancongan Kelantan sebelum TMM2026

NIK Nazmi Nik Ahmad (tengah) ketika melawat Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan di Kelantan terutama berkaitan industri pelancongan diharap dapat disiapkan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia termasuk projek membaik pulih dan menaik taraf Pasar Siti Khadijah yang merupakan pasar ikonik dalam industri pelancongan di negeri ini.

“Idealnya tentulah kita mahu ia disiapkan sebelum TMM2026 tetapi pada akhirnya yang lebih penting adalah kesejahteraan rakyat. Jadi kita akan cuba buat dan siapkan secepat mungkin.

“Ini termasuk pelaksanaan projek baik pulih dan naik taraf Pasar Siti Khadijah yang telah diluluskan peruntukan khas sebanyak RM5.5 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Oktober tahun lalu,” katany selepas Sesi Perjumpaan Khas Pengerusi Bersama MTPNg Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Beliau berkata, empat projek baik pulih dan naik taraf pasar berkenaan telah disiapkan pada 9 Disember tahun lepas dengan kos sebanyak RM200,000 bagi setiap projek manakala tiga projek masih dalam peringkat pelaksanaan.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, Kelantan berjaya menoktahkan jumlah kemiskinan tegar 2023 dalam dua fasa pada tahun lalu bagi merealisasikan aspirasi Perdana Menteri yang disuarakan pada Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan pada Mei 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya