SEREMBAN: Kerajaan sedang membangunkan pelan berperingkat untuk meningkatkan perkhidmatan kereta api penumpang dengan sasaran 80 peratus penggunaan landasan kereta api di Semenanjung Malaysia menjelang 2030. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sasaran berkenaan penting bagi memastikan penggunaan landasan kereta api dapat digunakan secara optimum setelah berbilion ringgit dibelanja untuk menyediakan landasan berkembar. “Kapasiti kita untuk tren penumpang boleh lagi tinggi, kita belanjakan berbilion ringgit untuk menyediakan landasan berkembar. Sekarang ini dalam lingkungan 30 peratus sahaja penggunaan landasan. “Kita tidak cukup keretapi api umpamanya perkhidmatan tren elektrik (ETS). ETS permintaannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya