Saringan air kencing sebelum konsert hanya untuk individu timbulkan syak - Utusan Malaysia

Saringan air kencing sebelum konsert hanya untuk individu timbulkan syak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan melaksanakan ujian air kencing kepada pengunjung konsert di Selangor hanyalah kepada individu yang menimbulkan syak.

Perkara itu dikongsikan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim, sebagai langkah keselamatan menangani penggunaan dadah.

“Sebagai contoh, sekiranya terdapat individu yang membawa barangan larangan seperti bahan terlarang atau dadah, pihak berkuasa dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhak mengambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Bagaimanapun Ng menjelaskan, penggiat industri tidak perlu bimbang berkenaan perlaksanaan standard prosedur operasi (SOP) itu dan pihaknya terbuka menerima pandangan semua pihak.

“Pemain industri tidak perlu bimbang, prosedur operasi standard (SOP) memasuki konsert adalah seperti biasa dan bagi mengelakkan insiden tidak diingini berulang, pemantauan perlu diperketat lagi serta kerjasama pihak berkuasa dan PDRM amat diperlukan.

“Kami terbuka dengan sebarang maklum balas dan pandangan yang bernas daripada pihak berkepentingan terutamanya penggiat industri demi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan secara harmoni dan mengambil kira kepentingan semua pihak,” katanya.

Terdahulu, cadangan Kerajaan Selangor mengesyorkan ujian air kencing sebagai prosedur operasi standard (SOP) sebelum konsert telah menimbulkan pelbagai reaksi.

Terdapat penggiat industri yang gusar perlaksaan tersebut akan pembebankan penganjur sekali gus memberi kesan kepada penjualan tiket.

Sebelum ini, media melaporkan empat individu berusia lingkungan 20 hingga 40-meninggal dunia selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu yang berpunca daripada pengambilan dadah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya