Sandwich ham tiada sijil halal

Sandwich ham tiada sijil halal

JAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk “ham and cheese sandwich” tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Jakim dalam kenyataan berkata, pemeriksaan dijalankan mendapati syarikat yang menghasilkan produk terbabit juga bukan pemegang SPHM.

Katanya, Bahagian Pengurusan Halal Jakim menerima banyak pertanyaan di media sosial berkenaan produk “Ham and Cheese Sandwich” yang diragui status halal.

“Jakim sudah melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang sudah diambil oleh KPDN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal.

Terdahulu, media melaporkan Universiti Malaya (UM) menutup serta merta dua premis jualan runcit 24-jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich diragui status halal.

Dalam kenyataan media, UM menyatakan arahan penutupan itu dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya