Sambut tahun baharu dengan air mata, Khai Bahar rindu arwah ibu - Utusan Malaysia

Sambut tahun baharu dengan air mata, Khai Bahar rindu arwah ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Khai Bahar, tidak dapat menahan air mata apabila terkenang arwah ibunya, Rosnah Mohamad pada malam tahun baharu 2025. 

Khai atau Muhammad Khairul bin Baharuddin, 30, merindui ibunya yang amat menyukai percikan bunga api selain turut menyanyikan beberapa baris lagu ‘Setanggi Syurga’ menceritakan kerinduan kepada insan yang telah tiada.

“Kepada mak, Herol (panggilan Khai Bahar) nak ucapkan selamat tahun baharu. 

“Rindu mak, tadi tengok bunga api, teringat mak sebab mak suka tengok bunga api. Kalau mak ada mesti tak berkelip mata,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram Story

Dalam pada itu, Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular ke-36 itu juga berharap agar dirinya terus diberi kekuatan walaupun selepas pemergian ibu tercinta setahun lalu. 

“Nanti saya sedekahkan Al-fatihah. 

“Mak doakan Herol kuat, terus menjaga adik-adik,” tambahnya lagi.

Terdahulu pada 2 Januari 2023, ibu kepada Khai Bahar, Rosnah Mohamad meninggal dalam tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis. 

Kesihatan ibunya merosot akibat penyakit buah pinggang, masalah jantung dan paru-paru. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya