Salah guna logo halal langgar Akta 730 

Salah guna logo halal langgar Akta 730 

MOHD. NAI'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Tindakan menyalahgunakan label logo halal adalah suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] mengikut perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Nai’im Mokhtar berkata, pihaknya memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan label logo halal pada mana-mana produk yang dikeluarkan. 

Sehubungan itu katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarah untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan. 

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan apa-apa isu yang melibatkan integriti dan kepentingan awam

“Tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan label logo halal pada produk adalah satu kesalahan yang serius,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Na’im, beliau turut dukacita dengan kejadian yang berlaku di premis jualan runcit 24 jam yang terletak di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 

“Semua pihak adalah dimohon untuk sentiasa merujuk kepada Jakim dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri dalam isu-isu berkaitan halal,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya