Safawi, Akhyar beraksi jumpa JDT Jumaat ini?

 Safawi, Akhyar beraksi jumpa JDT Jumaat ini?

Badrul Afzan Razali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Khidmat dua tonggak,  Safawi Rasid dan Akhyar Rashid mungkin boleh digunakan Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Jumaat ini.

Ini kerana Sang Penyu membuat permohonan supaya kedua-dua pemain berkenaan dibenarkan beraksi menentang penyandang juara Piala Malaysia itu.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang pengumuman berhubung keputusan permohonan berkenaan.

Perkara itu disahkan Ketua Jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

“Cuma kita tidak tahu mereka dapat beraksi atau sebaliknya. Saya tidak tahu apa keputusannya, pengurusan TFC akan mengumumkannya,” katanya.

Badrul Afzan yakin semua pemain Terengganu mampu menggalas tugas jika diturunkan berdepan Harimau Selatan yang dianggap sebagai pasukan pilihan dalam kejohanan itu.

“Apa pun keputusannya, kita tetap fokus dan barisan pemain lain sudah sedia memberi aksi bertenaga,” katanya.

Terdahulu, Safawi dan Akhyar terikat dengan perjanjian bersama JDT  sebagai pemain pinjaman daripada kelab itu.

Situasi  itu menyebabkan mereka tidak boleh beraksi apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada 17 Januari dan 1 Februari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN