RUU wajibkan sekolah menengah dibentang Parlimen bulan depan

RUU wajibkan sekolah menengah dibentang Parlimen bulan depan

Fadhlina Sidek ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) untuk mewajibkan pendidikan sekolah menengah akan dibentang di Parlimen pada Februari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya mahu mengangkat dasar mewajibkan pendidikan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 3 Februari hingga 6 Mac ini.

Kata beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) berharap langkah tersebut bagi mengatasi masalah yang wujud dalam sistem pendidikan negara termasuk masalah tidak hadir pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Satu lagi inisiatif daripada KPM adalah untuk mengangkat dasar pendidikan wajib (bagi) sekolah menengah.

“Jadi kita harap ini adalah langkah-langkah yang dapat dilaksanakan dengan baik bagi mengatasi isu yang berkait rapat dengan kehadiran, keciciran dan peningkatan kualiti pendidikan dalam negara. Bagi kita masa sedikit,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Tahun 2025 di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, di sini.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilaporkan sedang menyemak satu draf RUU untuk mewajibkan pendidikan dari peringkat rendah hingga menengah.

Pada 3 Disember lalu, Fadhlina berkata, KPM sedang berusaha memastikan setiap kanak-kanak warganegara Malaysia mendapat akses pendidikan yang berkualiti mengira kepelbagaian latar belakang.

Buat masa ini, dasar pendidikan wajib menetapkan setiap ibu bapa warganegara yang menetap di Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun pada hari pertama tahun persekolahan semasa, mesti mendaftarkannya di sekolah rendah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya