Rumah ibu tunggal dibantu baik pulih

Rumah ibu tunggal dibantu baik pulih

NOR SUHADA A. Rahman menerima sumbangan Bakul Kasih Johor sempena Program Baik Pulih Rumah Perdana 2024 di Kampung Parit Dahlan, Benut, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah dua beranak ibu tunggal ini apabila rumah didiami dibaiki hasil Program Baik Pulih Rumah Perdana 2024 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Menurut Ani Othman, 65, rumah didiami bersama-sama anak tunggalnya, Nor Suhada A, Rahman, 29, itu merupakan peninggalan arwah suaminya, A. Rahman Pipih, yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

“Oktober lalu, bumbung dan atap zink rumah diterbangkan ribut dan kami tidak mampu membaikinya berikutan tidak mampu daripada segi kewangan lebih-lebih lagi hanya bergantung dengan pendapatan hasil kelapa sawit RM500 sebulan,” katanya.

Mereka merupakan antara penerima bagi Program Baik Pulih Rumah Perdana 2024 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut. Program berkenaan dilancarkan Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad, Mejar (B) Mohd. Hanafi Yunos. Turut hadir Penghulu Mukim Sungai Pinggan, Faiz Fuad dan Ketua Kampung Kawasan (7) Mukim Sungai Pinggan, Suhaini Marsom.

Kerja-kerja membaik pulih rumah Ani melibatkan penggantian atap zink, mengecat bahagian luar rumah, membaiki siling, dinding dan kerosakan kecil yang lain.

Sementara itu, Nor Suhada berkata, ibunya tidak mendapat sebarang bantuan sama ada daripada Baitulmal mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walaupun membuat permohonan.

“Biarpun saya ada diploma dan pernah bekerja sebagai pembantu di pejabat guaman di Johor Bahru sebelum ini, namun terpaksa berhenti bagi menjaga ibu dan ayah. Hari ini hanya bekerja sebagai pembantu gerai hanya memperolehi pendapatan RM50 sehari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya