ETALING JAYA: Pelakon, Farid Kamil, bakal ke bank untuk menyelesaikan isu tunggakkan pinjaman rumah miliknya di Bandar Saujana Putra (BSP), hari ini.
Menurut pengurus, Azahari Hamid, rumah tersebut sebenarnya sudah lima tahun disewakan kepada seorang kenalan.
Namun individu itu gagal membayar wang sewaan kepada bank sejak tahun lalu.
“Saya sendiri sudah menghubungi penyewa tersebut dan dia mengakui kesilapannya menangguhkan bayaran disebabkan masalah kewangan.
“Pagi ini kami akan berjumpa pihak berkaitan.
“Harapnya hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” ujarnya kepada media.
Rumah berkembar dua tingkat itu sebelum ini dibeli Farid Kamil dengan harga RM300,000 pada tahun 2011.
Walaupun tidak tinggal di sana, kediaman itu mempunyai memori yang istimewa buat pelakon tersebut.
Terdahulu, tular iklan rumah di bawah nama Farid Kamil Zahari bakal dilelong dengan harga RM522,000 bermula 22 Januari depan. -UTUSAN