Rugi hampir RM400,000 angkara Alice Kirana

Rugi hampir RM400,000 angkara Alice Kirana

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus kedai alat ganti kenderaan merana apabila wang simpanannya hampir RM400,000 ‘lebur’ dalam pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang merupakan lelaki berusia 46 tahun itu dihubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan yang luar biasa.

“Suspek menghantar mesej kepada mangsa dan memperkenalkan diri sebagai Alice Kirana. Suspek menggunakan modus operandi tersilap menghantar mesej bagi menarik perhatian mangsa.

“Mangsa kemudian berhubungan dengan suspek yang menawarkan pelaburan melalui aplikasi GRS yang menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus dalam masa singkat dengan modal permulaan serendah RM515,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, tertarik dengan janji-janji manis tesebut, mangsa telah membuat 15 transaksi pembayaran ke dalam tiga akaun bank yang berbeza sehingga mencecah RM397,815.

“Suspek kemudiannya menghantar tangkap layar palsu yang menunjukkan keuntungan yang diterima mangsa sebanyak RM623,430.

“Apabila mangsa ingin mengeluarkan keuntungan tersebut, suspek meminta mangsa membuat pembayaran tambahan sebanyak RM218,000 sebagai proses pengeluaran,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa menyedari dirinya telah ditipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini.

“Hasil siasatan awal mendapati dua akaun bank yang digunakan suspek masing-masing mempunyai tiga rekod penipuan dan nombor telefon yang digunakan mempunyai satu rekod penipuan,” katanya yang memberitahu kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya