Rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham tidak wujud - Utusan Malaysia

Rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham tidak wujud

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki warga emas berputih mata apabila mengalami kerugian RM974,000 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud melalui laman sosial.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, penipuan itu bermula selepas mangsa berusia 67 tahun itu melayari laman sosial Facebook dan tertarik dengan tawaran iklan pelaburan saham pada 4 Disember lalu.

Katanya, mangsa kemudian menekan pautan yang diberikan seorang wanita lalu dimasukkan ke dalam kumpulan sembang di aplikasi Whatsapp selain diminta untuk memuat turun aplikasi ‘PGLO.PRO’.

“Terpedaya dengan penipuan suspek, mangsa telah membuat pembayaran secara dalam talian sebanyak 16 kali ke tiga akaun berbeza berjumlah RM974,000.

“Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu pada 11 Januari lalu selepas membuat semakan di internet dan mendapati pelaburan saham berkenaan sebenarnya tidak wujud,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa membuat laporan polis semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pelaku yang terlibat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya