KUALA KRAI: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 56,000 batang rokok putih dan kretek seludup selepas menahan seorang wanita di Kampung Manjor, Laloh, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 pagi semasa menjalankan serbuan ke atas sebuah premis menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut menjumpai 46,000 batang rokok putih dan 10,000 batang rokok kretek dipercayai diseludup dari Thailand yang dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan.
“Anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah bernilai RM107,122 dan kes disiasat di bawah Sek 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Suspek dan hasil rampasan diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya,”katanya hari ini. – UTUSAN