RM668 juta ganti, tambah baik wifi di 23 IPTA

RM668 juta ganti, tambah baik wifi di 23 IPTA

FAHMI Fadzil (tiga dari kiri) menyampaikan komputer riba kepada mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terjejas banjir di Majlis Pelancaran Jelajah Kempen Keselamatan di UMK, Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM668 juta bagi menggantikan dan menambah baik kemudahan WiFi di 23 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerja-kerja tersebut dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa sekali gus memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mengekses bahan bacaan.

Katanya, fasa pertama bermula 5 Februari ini melibatkan Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

“Fasa seterusnya perlu mengikut beberapa proses dan ia dijangka selesai sebelum penghujung tahun ini membabitkan IPTA yang lain. Penggunaan WiFi sedia ada ketika ini rendah. 

“Kami ada menerima aduan daripada pihak universiti termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi mengenai perkara tersebut. Dengan adanya peningkatan kemudahan ini ia membantu mahasiswa dan mahasiswi,” katanya pemberita pada Majlis Pelancaran Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Tallian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya