RM5 juta baik pulih Stadium Hoki Bukit Serindit

RM5 juta baik pulih Stadium Hoki Bukit Serindit

RAIS Yasin meraikan kemenangan SK Bemban dan SK Malim di Kejohanan Liga Hoki Melaka Bawah 12 Tahun di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Stadium Hoki Bukit Serindit di sini bakal berwajah baharu apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM5 juta untuk menaik taraf padang rumput tiruan (AstroTurf) dan beberapa kemudahan lain.

Presiden Persatuan Hoki Melaka (PHM), Datuk Rais Yasin berkata, kerja-kerja baik pulih dijangka bermula Julai ini dan tender akan dibuka bagi melantik kontraktor.

Katanya, beberapa penambahbaikan turut dilakukan antaranya melibatkan sistem saliran, menukar pam air dan beberapa infrastruktur lain malah projek berkenaan pen­ting bagi memastikan lebih banyak kejohanan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa dapat diadakan di negeri ini pada masa akan datang.

“Ini adalah antara usaha kerajaan negeri bagi memastikan sukan hoki sentiasa menjadi pilihan utama rakyat di Melaka dan saya berterima kasih kepada kerajaan pusat yang meluluskan peruntukan ini supaya pemain remaja ada tempat untuk menjalani latihan di padang rumput tiruan baharu,” katanya di­temui pada Kejohanan Liga Hoki Melaka Bawah 12 tahun 2024/2025, semalam.

Sementara itu, dalam aksi akhir bawah 12 tahun lelaki, Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban muncul juara menewaskan SK Jalan Dato Palembang 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti untuk meraih hadiah wang tunai RM500 manakala naib juara mendapat RM400.

Kategori bawah 12 tahun perempuan dijuarai SK Malim yang menewaskan SK Bemban 3-2 manakala kate­gori bawah 15 tahun lelaki dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya