RM122 juta dibelanja projek pembangunan Kampung Baru Cina

RM122 juta dibelanja projek pembangunan Kampung Baru Cina

NGA Kor Ming menunjukkan kaligrafi yang beliau hasilkan pada Program Sentuhan Kejayaan Kampung Baru Tahun 2024 di Sungai Siput, Perak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM121.38 juta untuk projek pembangunan Kampung Baru Cina tahun lalu, meningkat 13.4 peratus berbanding 2023 berjumlah RM107.07 juta.

Perbelanjaan itu disalurkan melalui Bahagian Kampung Baru Cina di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyelia pembangunan 613 buah Kampung Baru di Semenanjung Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pada tahun lalu sebanyak 934 projek pembangunan telah dilaksanakan.

“Ini tentunya satu pencapaian. Bayangkan satu tahun 1,000 projek. Jika dua penggal (menjadi kerajaan), kita boleh siapkan 10,000 projek infrastruktur di Kampung-kampung Baru. Itu belum lagi di kampung-kampung tradisi (Melayu) yang lebih hebat lagi,” katanya kepada pemberita dalam Program Sentuhan Kejayaan Kampung Baru Tahun 2024 oleh kementeriannya di sini hari ini.

Antara projek terbabit ialah 631 projek kemudahan dan infrastruktur asas, bina baharu dan baik pulih 303 buah rumah, pemasangan 1,233 batang lampu jalan solar jenis LED, enam projek geran sosioekonomi dan 768 program komuniti.

Tambah Kor Ming, penduduk di Kampung-kampung Baru Cina kini berjumlah lima juta orang iaitu lebih sebahagian besar daripada keseluruhan masyarakat Cina di seluruh Malaysia sebanyak tujuh juta.

“Di bawah Kerajaan Madani, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjaga semua kampung-kampung tradisi Melayu, iaitu lebih 16,000 buah kampung. Manakala KPKT pula diamanahkan untuk menjaga Kampung-kampung Baru Cina,” katanya. 

Sementara itu, beliau tidak berpuas hati kerana peruntukan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru (PKBC) kurang mendapat sambutan memandangkan masih terdapat RM144.6 juta yang tersedia di bawah skim itu.

Skim PKBC adalah program bantuan kewangan berbentuk pinjaman kepada penduduk Kampung Baru bagi membayar premium pajakan tanah, menyokong aktiviti perniagaan kecil, dan menaik taraf rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya