Riza buat filem Wolf of Wall Street guna 'duit halal'

Riza buat filem guna ‘duit halal’

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menafikan bahawa anak tirinya, Riza Aziz menerbitkan filem Wolf of Wall Street dengan menggunakan wang hasil aktiviti haram.

Sebaliknya, filem tersebut dibuat menggunakan wang yang dipinjam daripada Aabar Investments PJS atas dasar bahawa ia adalah ‘pinjaman terus’.

Tambah bekas Presiden UMNO itu, disebabkan kejayaan filem dibintangi pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio, kerabat diraja Arab Saudi berminat untuk kembali melabur dalam pembikinan filem akan datang anak tirinya itu.

“Ia adalah satu pinjaman daripada Aabar dan Riza sudah pun membayar balik pinjaman itu. Saya boleh tunjukkan jumlahnya (jumlah bayaran balik). Apa yang saya inginkan (daripada Putera Arab Saudi) adalah untuk mendokumentasikan pinjaman itu,” kata Najib.

Minggu lalu, pihak pendakwaan ketika menyoal balas Najib telah mengemukakan transkrip perbualan Najib dengan Sheikh Mohamed Zayed yang antara lainnya ‘meminta’ perjanjian pinjaman dibuat agar dana diterima oleh Riza dikatakan sebagai pengubahan wang haram.

Najib menjelaskan bahawa ketiadaan pegawai daripada Wisma Putra sewaktu pertemuan dengan kerabat diraja Arab Saudi di atas kapal mewah adalah disebabkan beliau ketika itu sedang bercuti.

“Saya sedang bercuti ketika itu. Saya bersama dengan keluarga saya. Tak ada sebab untuk saya bawa pegawai daripada Wisma Putra ketika saya sedang bercuti.

“Anda tidak mahu pegawai kerajaan berada di sana bersama apabila anda berehat. Mereka pasti merasa janggal (berada di sana) kerana mereka tahu mereka menceroboh percutian anda, ke dalam urusan peribadi anda,” katanya.

Ketika memberi keterangan bela diri, Najib menyatakan, pertemuan dengan Putera Turki, Pengarah PSI, Tarek Obaid dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low di atas kapal mewah, RM Elegance adalah pertemuan yang tidak rasmi.

Tambah Najib, pada ketika itu, beliau dan keluarganya serta rakannya sedang bercuti di Afrika Selatan sebelum pegawai khasnya, Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail memaklumkannya mereka semua dijemput oleh Putera Turki untuk minum petang di atas kapal mewah itu.

Wan Ahmad Shihab dalam keterangannya sebelum ini menyatakan percutian itu turut disertai Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, Nor Ashman Razak, Daniyar Kessikbayev (menantu Najib) dan Kolonel Norhayati binti Hassan (Pegawai Pengiring Rosmah).

Beliau turut memberitahu, seorang pelakon Hollywood, Jamie Foxx iaitu salah seorang pelakon dalam filem Spider-Man: No Way Home dan keluarganya turut berada di atas kapal tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya