Risda pembeli tunggal getah pekebun kecil

Risda pembeli tunggal getah pekebun kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan kini merangka mekanisme bagi mengimbangi harga getah termasuk melantik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sebagai pembeli tunggal komoditi tersebut. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,  satu kertas kerja akan dibentangkan dalam tempoh dua bulan sebelum d kaedah tersebut dapat dilaksanakan. 

Katanya, menerusi kaedah itu, ia secara tidak langsung dapat memastikan nasib pekebun kecil yang terpaksa bergantung kepada harga lantai getah.

“Langkah baharu ini adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan untuk kita membela nasib  pekebun kecil yang terpaksa bergantung kepada harga lantai .

“Maka dalam keadaan ini, biarlah kita yang akan menentukan pasaran, bukan pasaran yang akan menentukan harga kerana kita menghasilkan produk berkenaan, ” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perasmian Konvensyen Pegawai Lapangan Risda di sini hari ini. 

Kerajaan sebelum ini meningkatkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan RM400 juta.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata,  kaedah itu juga secara tidak langsung dapat memastikan  89 peratus pasaran getah dikuasai pekebun kecil Risda dan hanya 11 peratus dikuasai ladang ladang besar.

“Mungkin kolaborasi juga boleh dilakukan untuk menentukan peningkatan harga pada getah dan secara tidak langsung  pengeluaran lateks dapat dipertingkatkan kerana kita terpaksa mengimport lateks dengan nilai RM 6 bilion ringgit setahun sedangkan kita adalah pengeluar.

“Oleh yang demikian, langkah baharu ini adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya