Reman suspek pukul OKU mental disambung

Reman suspek pukul OKU mental disambung

SUSPEK kes pukul orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Perintah tahanan reman ke atas suspek kelima yang dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang lelaki kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental pada Jumaat lalu, disambung dua hari lagi. 

Perintah itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 

Suspek berusia 41 tahun itu yang telah direman tiga hari sebelum ini, ditahan kira-kira pukul 11.30 malam pada Ahad, ketika hadir memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, setakat ini enam individu dipercayai terlibat dalam kes itu ditahan bagi membantu siasatan. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi pada Jumaat, lelaki OKU mental, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, cedera selepas dipercayai dipukul, disepak dan diheret di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di sini, selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya