Reman remaja tikam ibu saudara disambung tiga hari 

Reman remaja tikam ibu saudara disambung tiga hari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh tahanan reman terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun yang menikam ibu saudaranya dengan pisau disambung tiga hari bermula esok.

Sebelum ini, remaja terbabit yang ditahan pada Jumaat lalu telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Majistret Mohd Harith Mohd. Mazlan membenarkan permohonan sambungan reman terhadap remaja itu dibuat sehingga 8 Januari ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jumaat lalu, media melaporkan seorang wanita cedera disyaki akibat ditikam oleh anak saudaranya sendiri dalam satu kejadian di Flat Jalan Perai Jaya, Perai dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi.

Siasatan awal mendapati, suspek telah tinggal bersama mangsa yang berusia 35 tahun itu sejak empat hari lalu ekoran masalah keluarga.

Ketika kejadian iaitu semasa berada di ruang tamu, telah berlaku pertengkaran mulut antara mereka kerana suspek ingin tinggal semula dengan ibu kandungnya namun dihalang mangsa.

Suspek kemudiannya menikam mangsa menggunakan sebilah pisau menyebabkan kecederaan pada bahagian perut sebelah kiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya