Reman lelaki ugut Harith Iskander disambung

Reman lelaki ugut Harith Iskander disambung

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tempoh lelaki yang ditahan dipercayai mengugut pelawak terkenal, Harith Iskander dan keluarganya disambung reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya mendapatkan perintah reman terhadap suspek bermula hari ini sehingga Jumaat.

“Suspek berusia 31 tahun disambung reman sehingga 31 Januari ini.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, polis menahan lelaki terbabit pada Sabtu lalu selepas didakwa membuat ugutan bunuh terhadap Harith Iskander, 54, susulan satu hantaran media sosial pelawak itu yang dikatakan menyentuh isu ‘ham’.

Dalam kejadian pertama, suspek dikatakan menghubungi mangsa pada pukul 11.21 pagi Selasa lalu ketika pelawak itu berada di sebuah lokasi di Masjid India.

Jelas Razarudin, suspek didakwa mengugut mangsa dengan nada kasar dan mengancam untuk membunuhnya.

“Susulan itu, pengurus pelawak berkenaan yang juga bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim, menerima mesej mengandungi gambar pegun anak mereka bersama ugutan berbaur ancaman.

“Dr. Jezamine kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 7.31 malam hari yang sama sebelum suspek diberkas,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, insiden ugutan tersebut menyebabkan Harith terpaksa membatalkan persembahan komedi berdiri DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter yang dijadualkan berlangsung minggu lalu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, Kuala Lumpur.

“Keselamatan anak-anak saya adalah keutamaan. Saya mengambil langkah ini sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Harith ketika mengulas mengenai pembatalan persembahan tersebut.

Sementara itu, telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya