Remaja tikam ibu saudara direman tiga hari

Remaja tikam ibu saudara direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Remaja perempuan yang menikam ibu saudaranya dengan pisau di sebuah rumah di Flat Taman Teluk Indah, Prai di sini semalam direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Nurul Ainna Ahmad bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang sudah tidak bersekolah itu tiba di pekarangan Mahkamah Bukit Mertajam di sini dengan dikawal anggota polis kira-kira pukul 9.10 pagi.

Difahamkan, suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamin.

Semalam, media melaporkan seorang wanita cedera disyaki akibat ditikam oleh anak saudaranya sendiri dalam satu kejadian di Flat Jalan Perai Jaya, Perai dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, siasatan awal mendapati, suspek telah tinggal bersama mangsa yang berusia 35 tahun itu sejak empat hari lalu ekoran masalah keluarga.

Katanya, semasa berada di ruang tamu, telah berlaku pertengkaran mulut antara mereka kerana suspek ingin tinggal semula dengan ibu kandungnya, namun, dihalang mangsa. 

Helmi berkata, suspek yang berang kemudiannya bertindak menikam mangsa menggunakan sebilah pisau menyebabkan kecederaan di bahagian perut sebelah kiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya