Remaja perempuan hilang di Sepang, kes ke-4 dalam seminggu

Remaja perempuan hilang di Sepang, kes ke-4 dalam seminggu

Noor Amni Nazaranee yang dilaporkan hilang dari rumah keluarganya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lagi kes remaja hilang dilaporkan di daerah ini dan terbaharu membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Putra Perdana.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, remaja itu dikenali sebagai Noor Amni Nazaranee yang dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Taman Bandar Bukit Puchong, Putra Perdana, di sini sekitar pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata, ibu mangsa telah membuat laporan kehilangan mangsa di Balai Polis Putra Perdana tengah hari tadi.

“Difahamkan, abang mangsa sempat melihat mangsa keluar dari rumah dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke rumah rakan di Lavender Terrace Puchong Prima, Taman Puchong Prima, di sini.

“Semakan kemudian mendapati, mangsa bersama seorang rakan kemudian ke Putrajaya untuk berjoging menggunakan perkhidmatan pengangkutan sama.

“Kali terakhir, mangsa sendiri memaklumkan berada di Jalan Renang 13/26, Shah Alam sekitar pukul 8.50 malam semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ketika keluar dari rumah, mangsa memakai baju warna gelap dan memakai tudung warna coklat serta membawa telefon bimbit.

Shan Gopal berkata, mangsa tidak mempunyai apa-apa masalah dengan ahli keluarga dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH).

“Kami sedang berusaha menjejaki (OH) dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Rasimah Ab Rasid di talian 012-3252521 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222.

Sejak seminggu lalu, tiga kes OH dilaporkan di daerah ini membabitkan remaja berusia 14 hingga 18 tahun namun, kesemua mangsa berjaya ditemui dengan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN