BESUT: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal jenis SYM yang ditunggangnya merempuh sebuah lagi motosikal jenis Honda Dash di Kampung Bukit Jeruk di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md. Sani Md. Salleh, berkata, kejadian kira-kira 7.40 malam itu mengakibatkan Wan Ahmad Hakim Wan Abd. Aziz, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Katanya, penunggang motosikal Honda Dash berusia 20 tahun pula mengalami kecederaan parah.
“Ketika kejadian, Wan Ahmad Hakim dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Benting Lintang ke Kampung Bukit Jeruk. Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah motosikal jenis Honda Dash,” katanya semalam.