Remaja ditahan cuba seludup petrol - Utusan Malaysia

Remaja ditahan cuba seludup petrol

PETROL dan motosikal yang dirampas di pangkalan haram gergaji Rantau Panjang, Kelantan. - IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 menahan seorang remaja lelaki yang cuba menyeludup petrol ke negara jiran di pangkalan haram di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Abd.Hamid berkata, suspek berusia 17 tahun itu dikesan membawa petrol dengan motosikal di kawasan pangkalan haram tersebut ketika rondaan Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 11 pagi.

“Anggota PGA Batalion 9 menahan motosikal tersebut apabila melihat suspek menunggang dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati remaja terbabit membawa lebih 40 liter petrol tanpa dokumen yang sah disyaki untuk diseludup ke Thailand,” katanya hari ini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya