JERANTUT: Seorang remaja lelaki, Azri Fahmi, 14, dikhuatiri lemas di Sungai Pahang ketika memancing bersama dua rakannya berdekatan jambatan di Kampung Jerantut Feri, di sini hari ini..
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lapan anggota bersama dua buah jentera dan sebuah bot aluminium ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada pukul 5.07 petang.
“Komander operasi mengesahkan seorang remaja berusia 14 tahun tterjatuh dari rumah rakit ke dalam Sungai Pahang dan dihanyutkan arus deras.
“Ketika kejadian, mangsa bersama dua rakannya sedang memancing di rumah rakit tersebut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN