Razman gesa akaun FB diambil tindakan

Dakwa Pas banyak peruntukan bayar saman, Razman gesa akaun FB diambil tindakan

RAZMAN Zakaria (tengah) menunjukkan laporan polis terhadap akaun Facebook yang didakwa memfitnah beliau kononnya berkata Pas mempunyai peruntukan untuk membayar saman di Balai Polis Kerian, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria mahu pihak berkuasa menyiasat akaun Facebook yang didakwa memfitnah beliau kononnya berkata Pas mempunyai peruntukan untuk membayar saman.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Perak menafikan berkata sedemikian sepertimana hantaran dalam satu akaun Facebook pada 26 Januari lalu.

Hantaran Facebook itu menulis ‘Razman pertahan tuduhan Hannah Yeoh anak tauke cina YTL‘ dan disambung dengan tulisan ‘Saya dah periksa akaun derma bank Pas, banyak lagi peruntukan untuk bayar saman, ujarnya gembira’, dalam perenggan yang berlainan.

“Pada 28 Januari 2025 lebih kurang pukul 7 petang, ketika sedang berada di rumah, saya telah melihat satu hantaran berita dalam media sosial Facebook yang disiarkan melalui akaun Harakatdaily HD (berserta pautan).

“Hantaran tersebut turut memuat naik gambar saya. Saya menafikan hantaran berita tersebut dan tidak pernah membuat kenyataan seperti didakwa,” katanya yang membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan hari ini.

Ekoran itu, Razman mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pemilik akaun Facebook tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya selain membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Bersama ini disertakan pengesahan penerimaan laporan oleh pihak MCMC melalui dalam talian. Antara lain tujuan report adalah tidak mahu ada akaun medsos (media sosial) palsu yang tidak bertanggungjawab dalam penyebaran fakta yang tidak benar.

“Tidak mahu budaya menipu dan membohongi rakyat menjadi ikutan budaya rakyat Malaysia dan mahukan SKMM dan Kementerian Komunikasi lebih berkesan mengawal berita palsu dan tidak membuat tindakan terpilih,” katanya.

Pemimpin Pas mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan syarikat gergasi YTL, namun telah membuat permohonan maaf atas perkara tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya