Rayu bantuan tampung rawatan penyakit dua anak

Rayu bantuan tampung rawatan penyakit dua anak

NURUL Wahida Kamarudin (tengah) bersama dua anaknya yang menghidap penyakit jantung di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, Pahang. - HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Sepasang suami isteri dari Felda Kota Gelanggi Dua buntu memikirkan masa depan dua anak mereka yang mengalami penyakit jantung kerana berdepan kekangan kewangan menampung rawatan.

Nurul Wahida Kamarudin, 40, dan suaminya, Mohd. Nazrul Mat Zain, 43, yang tiada pendapatan tetap melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menangkap ikan, menanam ubi kayu dan mencari sumber hutan untuk dijual.

Nurul Wahida berkata, anaknya, Nurul Syafiera Mohd. Nazrul, 13, menghadapi masalah saluran jantung sempit setelah mendapat pengesahan daripada doktor Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas) Temerloh pada bulan lalu dan menjalani rawatan selama tiga hari di situ.

“Masalah sama juga berlaku pada anak bongsu, Nurul Aisyah, 3, yang disahkan doktor mengalami saluran injap bocor ketika dirawat bulan lalu,” katanya semalam.

Katanya, dia dan suami kerap berulang ke hospital sejak kedua anak mengalami masalah kesihatan akibat penyakit dan memerlukan banyak wang.

“Keadaan ini juga menyebabkan kami tidak dapat bekerja selama beberapa hari berikutan membawa anak ke hospital ,” katanya.

Dia berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat menghulurkan bantuan bulanan RM650 untuk kedua-dua anaknya dan sumbangan barang makanan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) bernilai RM200 dan sebanyak RM600 lagi untuk belanja keperluan lain.

Orang ramai ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nurul Wahida menerusi talian 013 7154171 atau terus ke akaun Maybank (Nurul Wahida) bernombor 156141469872.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya