Ramai tanya status Uqasha-Kamal - Utusan Malaysia

Ramai tanya status Uqasha-Kamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN main ramai yang sibuk bertanya dengan Cik Bunga mengenai status sebenar pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Terpinga-pinga juga Cik Bunga dibuatnya. 

Iyalah, setahu Cik Bunga, kedua-dua mereka masih bergelar suami isteri. Bila ramai yang tanya, Cik Bunga pun tumpang rasa keliru jugalah, mana satu yang mahu dipercayai. 

Kononnya, ramai mula syak hubungan Kamal dan Uqasha sedang berantakan sejak kebelakangan ini. Kononnya berdasarkan ‘dingin’nya kemesraan yang ditampilkan di media sosial. 

Di akaun Instagram Uqasha, sudah agak lama tidak ada gambar bersama dengan Kamal. 

Jadi, hal itu menjadi persoalan juga dalam kalangan pengikutnya. Kemudian, bila Cik Bunga teliti pula di akaun Instagram Kamal, aktor ini ada juga membuat hantaran terbaharu sekitar minggu lalu dengan memuat naik gambar bersama Uqasha termasuk gambar perkahwinan mereka.

Ada luahan dan kata-kata yang ditulis oleh Kamal, tetapi tidaklah membuahkan persoalan yang pelik. Dalam erti kata lain, nampak macam okey sahaja Kamal ini. 

Namun, tidak tahu pulalah di pihak Uqasha bukan? Terus-terang, Cik Bunga pun rasa seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan, tetapi tidaklah sampai hendak menuduh mereka berpisah. 

Netizen pula laju bab ini. Kalau orang tidak bergambar mesra, tidak post gambar bersama, dikatanya hubungan ada masalah. 

Entah-entah orang itu cuma mahu elak daripada terkena penyakit ain. Bagi Cik Bunga, kalau tidak ada asas, lebih baik jangan buat tuduhan melulu. 

Entah-entah mereka berdua baik-baik sahaja, kita yang menggelupur fikir yang mereka berantakan. Tak baiklah begitu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya