Raja Muda Perlis kayuh basikal seluruh pelosok kampung agih zakat lebih RM33 juta 

Raja Muda Perlis kayuh basikal seluruh pelosok kampung agih zakat lebih RM33 juta 

PROGRAM kayuhan MAIPs peduli diketuai Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diperkenalkan sejak 2013 telah berjaya  mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM33,195,600 membabitkan 51,028 penerima secara keseluruhan. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Program kayuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) peduli yang diperkenalkan sejak 2013, berjaya mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM33,195,600 membabitkan 51,028 penerima secara keseluruhan.

Ia membabitkan bilangan kayuhan sebanyak 978 kali diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs, yang memasuki seluruh pelosok kampung.

Tahun lalu, Tuanku Syed Faizuddin mengetuai sebanyak 111 kali kayuhan program itu dengan menyaksikan seramai 5,563 golongan asnaf disantuni membabitkan sebanyak RM3,894,100 telah diagihkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, program kayuhan MAIPs peduli tersebut bukan sekadar simbolik, sebaliknya gerakan transformasi melibatkan semua pihak dalam membantu golongan asnaf.

Katanya, pencapaian tersebut membuktikan komitmen MAIPs untuk turun ke lapangan bersama masyarakat dan rakyat.

“Saya menzahirkan rasa bangga atas dedikasi Tuanku Syed Faizuddin dan sokongan padu pelbagai pihak terhadap program berkenaan.

“Inisiatif ini adalah peluang terbaik mendekati masyarakat dan memahami cabaran mereka (rakyat) secara langsung,” katanya di sini semalam.

Mohd. Nazim berkata, menerusi kayuhan itu, MAIPs dapat mengenal pasti keperluan sebenar masyarakat dan menyampaikan bantuan dengan lebih efektif. 

Katanya, ia juga sebahagian daripada visi MAIPs untuk terus relevan dan disayangi rakyat.

“Program ini turut melibatkan kerjasama erat pemimpin kariah seperti amil, pegawai dan ahli jawatankuasa masjid selain mendapat sokongan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jabatan Pendidikan negeri, dan Jabatan Kesihatan negeri.

“Inisiatif ini juga selaras dengan pelan strategik MAIPs untuk mendekati masyarakat secara langsung dan memperkukuhkan peranan MAIPs dalam pembangunan sosio ekonomi umat Islam di negeri Perlis selain memastikan golongan asnaf terus disantuni,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya