Pukul OKU mental, seorang lagi ditahan - Utusan Malaysia

Pukul OKU mental, seorang lagi ditahan

TANGKAP layar video memaparkan beberapa individu memukul seorang lelaki kategori orang kurang upaya (OKU) selepas terlanggar salah sebuah gerai jualan dengan motosikalnya di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang lagi lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes pukul seorang lelaki kurang upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia lingkungan 30-ab itu ditahan kira-kira pukul 11.30 malam tadi, ketika hadir  memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman, di sini.

“Lelaki itu ditahan untuk memberi keterangan dan rakaman percakapan. Setakat ini, empat lelaki telah ditahan termasuk tiga lelaki berusia 18 tahun hingga 60 tahun pada hari kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Wan Muhamad berkata, beberapa saksi lain turut dipanggil untuk memberi keterangan termasuk keluarga mangsa.

“Siasatan secara menyeluruh sedang dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN