Proses hantar pulang warga Palestin diselaras

Proses hantar pulang warga Palestin diselaras

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang menyelaras proses untuk penghantaran pulang warga Palestin yang dibawa ke Malaysia bagi tujuan perubatan.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar yang mengusahakan penghantaran pulang itu akan berhubung dengan Kerajaan Mesir mengenai proses tersebut.

“Proses ini sedang berjalan dan dalam masa sama, segala perkhidmatan perubatan yang diberi akan terus disediakan.

“Kerajaan mengambil serius dari segi kebajikan mereka yang telah dibawa untuk tujuan perubatan di Malaysia,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, media melaporkan warga Palestin yang membuat kecoh dan merosakkan barang di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) dipercayai berpunca kerana mahu proses permohonan pulang mereka ke Palestin dipercepatkan.

Angkatan Tentera Malaysia menerusi kenyataan berkata, insiden kekecohan itu berlaku pukul 5 petang pada 4 Januari lalu, namun situasi itu dapat dikawal dengan baik oleh pihaknya.

Dalam pada itu, ketika ditanya lanjut mengenai proses serta kaedah penghantaran semula warga terbabit, Fahmi berkata, perkara tersebut akan dimaklumkan kemudian oleh kementerian berkaitan.

“Perbincangan itu masih diteruskan, sama ada akhirnya dihantar pulang melalui Mesir mahu pun kaedah atau melalui negara lain, ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Pada 16 Ogos 2024, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara Subang TUDM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya