Projek tebatan banjir harus dipercepat, jangan tunggu unjuran siap - PM

Projek tebatan banjir harus dipercepat, jangan tunggu unjuran siap – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pembangunan yang mendesak seperti projek tebatan banjir dan program membasmi kemiskinan tegar harus disegerakan dan dipercepatkan.

Perdana Menteri berkata, beliau mengakui projek sedemikian mengambil masa dan unjuran yang lama mengikut jadual perancangan, namun ia tetap perlu disegerakan.

“Ada hal-hal yang perlu dipercepatkan dan diperbaiki. Beberapa hal yang harus disegerakan kadang-kadang ia mengambil masa dan unjuran.

“Kalau banjir itu mengorbankan nyawa, harta, jangan tunggu hingga enam tahun. Kalau perlu jimat daripada perbelanjaan lain, kita jimatkan. Kalau perlu kita pinjam, kita pinjam.

“Tapi semua program yang mendesak seperti kemiskinan tegar, tebatan banjir harus disegerakan dan tidak mengikut unjuran lima atau enam tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Anwar turut mahu program untuk kesenangan rakyat itu disegerakan supaya dalam tempoh yang singkat permasalahan itu dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Perdana Menteri bagaimanapun memahami bahawa projek tebatan banjir sudah terangkum dalam rancangan lima tahun pembangunan kerajaan (Rancangan Malaysia), namun, perancangan itu harus dirombak semula.

“Jadi hal-hal ini harus diteliti oleh semua ketua setiausaha kementerian (KSU),” katanya

Katanya, keupayaan sesebuah negeri tidak perlu dibangkitkan dan menjadi alasan, malah beliau mahu kerja itu diselesaikan segera.

“Kita tengok skim banjir untuk tebatan banjir (sebagai contoh) fasa 1 Rantau Panjang, Kelantan sudah siap, fasa kedua tahun 2026, fasa ketiga 2029, jadi orang Rantau Panjang kena tunggu 15 tahun baru nak siap,” katanya.

Pada 5 Disember lalu, Anwar pada sesi di Dewan Rakyat memaklumkan, projek tebatan banjir yang dilaksanakan di seluruh negara termasuk di Pantai Timur masih mengikut jadual walaupun ada antaranya dibatalkan pada 2022 sebelum ditender semula.

Menurutnya, pembatalan beberapa projek ketika itu atas dasar Kerajaan Madani menolak rundingan terus yang disifatkan sebagai lemah.

Secara keseluruhannya, terdapat 26 projek tebatan banjir di seluruh Pantai Timur dengan kos RM8 bilion.

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya