Projek rintis sistem Waktu Bekerja Berlainan KKM dibatal

Projek rintis sistem Waktu Bekerja Berlainan KKM dibatal – Dzulkefly

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri memutuskan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk petugas kesihatan dibatalkan bagi memberi laluan kepada sebuah kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu, KKM menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang

akan dipengerusikan Tan Sri Abu Bakar Suleiman.

Katanya, terma-terma rujukan jawatankuasa ini terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja.

“KKM akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil untuk semua, terutamanya petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, KKM dalam surat edaran bertajuk Pelaksanaan Sistem WBB Fasa Pertama bertarikh 10 Januari , antara kandungan surat itu menyebut WBB diluluskan untuk projek Fasa Pertama oleh Ketua Setiausaha KKM pada 3 Januari lalu, membabitkan beberapa jabatan di hospital terpilih.

Pelaksanaan sistem itu mendapat kritikan antaranya berkait syif tugas doktor ditukar untuk bekerja selama 18 jam dari pukul 3 petang hingga pukul 9 pagi keesokannya sehingga mereka tidak mendapat elaun ‘on call’.

Bagaimanapun, Dzulkefly menjelaskan, elaksanaan sesebuah projek rintis WBB hanya boleh dimulakan dengan kelulusan daripada menteri dan persetujuan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya