Projek MyDigital ID dipercepat, atasi isu lewat

Projek MyDigital ID dipercepat, atasi isu lewat

GOBIND Singh Deo semasa menghadiri program Jelajah Malaysia Digital@Perak anjuran Kementerian Digital di Ipoh, Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan giat berusaha mempercepatkan pelaksanaan projek MyDigital ID yang mengalami kelewatan sehingga mengundang kekesalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengakui terdapat sedikit cabaran dalam pelaksanaan tersebut kerana ia melibatkan pelbagai kementerian.

“Kita sedang mengusahakannya, ini adalah sesuatu yang kita fokuskan. Kita buat yang terbaik untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

“Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi perindustrian Keempat (4IR) seterusnya ialah pada 12 Februari depan. Kita sekarang sedang bekerja keras untuk hal ini,” katanya selepas merasmikan Jelajah Malaysia Digital@Perak di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangan terkini pelaksanaan dua projek transformasi digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua.

Pada awal Disember lalu, Anwar menyatakan kekecewaan serta marah terhadap kelewatan dua projek tersebut semasa Mesyua­rat 4IR yang diadakan, namun kemudian memohon maaf kepada mereka yang menyertai mesyuarat itu termasuk rakan-rakan menteri.

Inisiatif MyDigital ID diumumkan oleh Anwar pada November 2023, namun selepas setahun, difahamkan MyDigital ID hanya mencatatkan lebih 1.2 juta pengguna berdaftar.

MyDigital ID diiktiraf di peringkat nasional sebagai satu bentuk pengurusan pengenalan digital, dengan menyediakan pengesahan selamat untuk transaksi dalam talian serta menangani kelemahan sistem yang sedia ada.

Mengenai Jelajah Digital Malaysia yang dianjurkan oleh kementeriannya, Gobind mengharapkan langkah itu dapat mengenalpasti cabaran serta masalah para usahawan untuk menerima pakai sistem pendigitalan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya