Projek LRA Sungai Limau terhenti, kontraktor akan diganti

Projek LRA Sungai Limau terhenti, kontraktor akan diganti

KAWASAN projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau yang terbengkalai sejak Julai tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Kontraktor projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau, di sini akan ditamatkan perkhidmatan berikutan tidak melakukan kerja-kerja pembinaan sejak Julai tahun lalu.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pihaknya telah bermesyuarat dan membuat ketetapan itu bagi membolehkan kontraktor baharu meneruskan projek tersebut.

Katanya, beliau sudah melakukan lawatan kali ketiga ke LRA Sungai Limau termasuk pada hari ini dan agak mengecewakan apabila tiada kemajuan kerja melibatkan projek itu.

“Pada tahun lepas lagi bila kita turun memang kita menyedari bahawa terdapat kelewatan dari segi kemajuan kerja di LRA Sungai Limau. Saya memberi peringatan ketika itu supaya perkara ini perlu dipertingkatkan kerana kebimbangan bahawa kemajuan projek itu terlalu perlahan.

“Kita sudah rugi masa yang lama sejak 2021. Sudah lebih empat tahun dan keadaan itu belum selesai dengan baik. Perkara ini telah dibawa ke mesyuarat Contract Coordination Panel (CCP) dan kementerian telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan kontraktor itu,” katanya ketika meninjau LRA itu di sini, hari ini.

Katanya, kesemua 15 komponen projek yang perlu dibina di kawasan LRA itu belum siap, malah ada komponen yang langsung belum dimulakan sehingga kini.

Ujarnya, jika perkara itu terus dibiarkan tanpa sebarang kemajuan, penduduk setempat di situ akan turut menanggung kerugian kerana belum berpeluang menikmati bekalan air bersih.

“Sekarang ini urusan pentadbiran sedang dilaksanakan di peringkat negeri untuk cari kontraktor baru selepas proses menamatkan kontraktor lama diselesaikan kerana selagi urusan ini belum selesai, hala tuju projek itu agak sukar untuk kita rancang.

“Jadi sudah pasti sebelum pengambilan tapak atau untuk membolehkan lantikan baru dibuat. Lantikan lama perlu ditamatkan dahulu. Sekarang ini keadaannya menyebabkan perkara itu perlu dinilai kembali dan kebimbangan dari segi kos yang mungkin akan meningkat,” katanya.

Pada 10 Julai tahun lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, projek LRA Sungai Limau dan Bukit Selambau tidak berdepan masalah besar seperti digembar-gemburkan walaupun diberikan lanjutan masa (EOT) hingga Januari dan April tahun ini.

Katanya, LRA Sungai Limau ketika itu mengalami kelewatan kerja sebanyak tujuh peratus, manakala LRA Bukit Selambau berada satu peratus di depan jadual asal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya