Projek lebar lebuh raya dihenti sementara sempena Tahun Baharu Cina

Projek lebar lebuh raya dihenti sementara sempena Tahun Baharu Cina

ALEXANDER Nanta Linggi (dua kanan) meninjau kerja-kerja pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara-Selatan di Sedenak, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kerja pelebaran laluan Lebuhraya Utara-Selatan melibatkan laluan Sedenak-Kulai, di sini akan dihenti bermula 23 Januari hingga 3 Februari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, arahan itu bertujuan memastikan kelancaran trafik di laluan berkenaan sepanjang tempoh perayaan tersebut.

Katanya, ketika ini kerja-kerja pelebaran fasa satu telah memasuki tahap perkembangan 5.02 peratus sejak dimulakan pada Julai tahun lalu.

“Kerja-kerja menambah lorong daripada dua lorong sehala menjadi tiga lorong sehala berjalan lancar, tiada sebarang isu termasuk keperluan mengambil tanah di dua-dua laluan kerana keluasan mencukupi.

“Ketika ini, kerja-kerja yang dilakukan melibatkan kerja tanah, pemotongan dan tambakan cerun, struktur perparitan, pengalihan utiliti serta pelan pengurusan trafik.

Sepanjang kerja-kerja ini dimulakan, kedua-dua lorong sedia ada tetap dibuka dan boleh digunakan pengguna lebuhraya. Jadi, semuanya lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau tapak projek berkenaan di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Mohd. Sakeri Abdul Kadir.

Alexander dalam pada itu memberitahu, keseluruhan kerja-kerja pembinaan lorong tambahan berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2027.
“Selain arahan henti kerja, kelancaran trafik di lebuh raya juga akan dipastikan, khususnya lokasi projek.

“Projek pembinaan lorong tambahan ini akan dibuat secara berperingkat melibatkan tiga fasa berbeza bertujuan menangani kesesakan yang sering berlaku di laluan berkenaan pada waktu puncak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya