Projek baik pulih cerun Taman Bukit Berlian siap sepenuhnya

Projek baik pulih cerun Taman Bukit Berlian siap sepenuhnya

MASRI Razali (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai projek membaiki cerun yang telah siap sepenuhnya di Taman Bukit Berlian, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Projek membaik pulih cerun di Taman Bukit Berlian susulan kejadian tanah runtuh dan mendap di kawasan itu pada tahun lalu, kini siap sepenuhnya.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, kerja baik pulih yang mengambil masa kira-kira setahun itu menelan kos sebanyak lebih RM2.5 juta dan siap pada bulan November lalu.

“Kerja pembaikan cerun itu telah dimulakan pada 11 Disember 2023 dan siap sepenuhnya pada 9 November 2024 dengan kos sebanyak lebih RM2.5 juta menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

“Projek ini dilaksanakan susulan kejadian tanah runtuh pada tahun 2022 sehingga kawasan tersebut diisytiharkan sebagai kawasan bencana,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Projek-Projek MBS di Taman Kemuning, Senawang di sini.

Pada tahun 2022, Utusan Malaysia melaporkan kawasan runtuhan cerun di Taman Bukit Berlian di sini diisytiharkan sebagai kawasan bencana berikutan berlaku pergerakan tanah yang berisiko tinggi untuk menyebabkan runtuhan lebih besar.

Runtuhan cerun tersebut berpunca daripada aliran air luar biasa menyebabkan tanah menjadi lembut seterusnya berlaku pergerakan sehingga merisikokan 12 buah rumah di Jalan Berlian 5, Taman Berlian dan tidak selamat untuk diduduki berdasarkan penilaian awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sementara itu, Masri turut menyerahkan kunci bangunan Pusat Komuniti Taman Kemuning kepada Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kemuning, Sharim Simin.

Katanya, pusat komuniti itu dibina menerusi peruntukan Belanjawan MBS berjumlah kira-kira RM317,000 dan siap sepenuhnya pada 24 September tahun lalu.

Menurut Masri, sebanyak enam lagi pusat komuniti seumpamanya telah siap dibina sepenuhnya di bandar ini iaitu di Taman Ixora, Taman Alamanda, Taman Datuk Shahbandar, Taman Lily termasuk yang terbaharu di Taman Sri Pulai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya