Program Gadget Avengers perkasa literasi digital murid

Program Gadget Avengers perkasa literasi digital murid

BARISAN guru dan pelajar yang terlibat dalam program Literasi Gadjet Avenger SK Sawah Raja Kota Negeri Sembilan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau baru-baru ini melancarkan program literasi digital inovatif bertajuk Gadget Avengers 1 di Sekolah Kebangsaan Sawah Raja, sebuah sekolah kurang murid (SKM) di Kota, Negeri Sembilan.

Program tersebut merupakan inisiatif pelajar Kursus Asas Fasilitator UiTM dan telah disertai oleh 36 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5.

Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran pelajar dalam penggunaan teknologi digital secara bertanggungjawab, menilai maklumat dalam talian secara kritis, serta mendidik mereka tentang keselamatan siber dan perlindungan data peribadi.

Guru Besar SK Sawah Raja, Zakaria Md Saleh berkata, program tersebut sejajar dengan Teras Ke-7 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah.

“Program ini sangat bermakna bagi kami di SK Sawah Raja. Sebagai sekolah kurang murid di kawasan luar bandar, kami tidak mahu tertinggal dalam arus teknologi.

“ Oleh itu, dengan adanya inisiatif seperti ini, murid-murid kami kini berpeluang untuk belajar menggunakan teknologi digital dengan lebih bijak dan selamat,” ujarnya.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Zulhilmi Mohd Yunus, menyuarakan rasa bangganya terhadap usaha pelajar UiTM dalam menyantuni masyarakat sekeliling. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN