Produksi nafi dakwaan rakam, tayang adegan intim tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Produksi nafi dakwaan rakam, tayang adegan intim tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Produksi drama The Queen Who Crowns, Studio Dragon, menafikan dakwaan kononnya pihak mereka merakam dan menayangkan adegan ranjang tanpa persetujuan pelakon. 

Menurut mereka, adegan tersebut yang turut disunting menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) sudah pun dimaklumkan dan turut terkandung dalam persetujuan sebelum penggambaran dijalankan. 

“Sejak awal lagi memang syarikat penyiaran Tving, sudah maklumkan drama ini akan ditayangkan dengan spesifikasi umur orang dewasa. Perkara ini telah pun dimaklumkan sejak awal iaitu sejak proses pemilihan pelakon.

“Hal ini termasuklah adegan ranjang yang telah pun dibincangkan sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan. 

Kontroversi The Queen Who Crowns timbul apabila pelakonnya, Cha Joo-young mendakwa pihak produksi menyiarkan adegan dengan keintiman yang jauh lebih tinggi dengan bantuan CGI.

Ketika ditayangkan menerusi saluran televisyen tvN, adegan tersebut sebenarnya sudah dihapuskan bagi memenuhi kriteria tontonan umur 15 tahun.

Namun begitu, adegan berkenaan ditayangkan sepenuhnya di laman penstriman Tving tanpa sebarang pemotongan.

Bagaimanapun pihak mereka turut memaklumkan adegan tersebut dilakonkan oleh pelakon ‘double’ yang disunting dengan wajah pelakon utama, Cha Joo-young dan Lee E-dam. 

The Queen Who Crowns merupakan sebuah drama bersiri sejarah mengisahkan kehidupan Ratu Wongyeong isteri kepada raja ketiga Dinasti Joseon, Raja Taejong. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya