NANJING Chemical Construction Sdn. Bhd. (NCC) merangkul MiSHA Prime Award (Diamond) pada majlis Anugerah Kebangsaan Kecemerlangan Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHPoP) 2024 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Anugerah itu mengiktiraf amalan keselamatan kerja cemerlang dan inovatif diterapkan NCC dalam projek pertamanya di Malaysia, iaitu EcoCeres Renewable Fuels yang. Ia dilaksanakan dengan kerjasama EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd. dan Surbana Jurong sebagai perunding pengurusan projek.
Antara inisiatif utama yang dilaksanakan adalah pengurusan tugas berisiko tinggi seperti pemfabrikasian dalam persekitaran lebih selamat dan penggunaan sistem perlindungan jatuh yang canggih.
NCC juga melaksanakan sistem ventilasi dan program kemasukan ruang terhad yang menjamin keselamatan pekerja.
Syarikat berkenaan mengintegrasikan teknologi inovatif seperti penggunaan dron untuk pemantauan tapak dan sistem biometrik untuk pemantauan kehadiran pekerja. Inisiatif lain termasuk pemeriksaan kesihatan rutin bagi pengesanan awal risiko kesihatan dan hubungan erat dengan pihak berkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) turut memaparkan komitmen syarikat terhadap keselamatan dan alam sekitar.
Menerusi pencapaian ini, NCC bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan dalam pelaksanaan projek tetapi menetapkan standard keselamatan industri di peringkat global.
Melalui projek EcoCerers, NCC bertekad untuk menggalakkan inovasi dan kelestarian dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, sekaligus memastikan masa depan yang lebih selamat dan hijau. – UTUSAN