Polis tunggu laporan perubatan lelaki OKU dibelasah

Polis tunggu laporan perubatan lelaki OKU dibelasah

 WAN MUHAMAD WAN JA'AFAR 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis masih menunggu laporan perubatan lengkap lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental yang dibelasah di pasar pagi di Padang Astaka Chukai, di sini, Jumaat lepas. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, setakat ini laporan perubatan mengenai mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, belum diterima daripada Hospital Kemaman. 

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Selepas penelitian dan semakan keterangan, Timbalan Pendakwa Raya telah mengarahkan polis untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa dari Hospital Kemaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Muhamad berkata, polis menasihatkan orang ramai atau pengguna media sosial agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan atau mendatangkan kegusaran awam. 

Menurutnya, setakat ini enam individu berusia 18 tahun hingga 60 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu, telah ditahan untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya