Polis tunggu laporan bedah siasat Xin Yuan

Polis tunggu laporan bedah siasat Xin Yuan

NAAZRON ABDUL YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang menunggu laporan bedah siasat Yap Xin Yuan, 15, bagi mengenal pasti punca sebenar kematian remaja terbabit yang mayatnya ditemukan dalam keadaan reput pada 28 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, punca kematian remaja terbabit masih belum dapat disahkan setakat ini.

“Setakat ini laporan bedah siasat belum diterima lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan, polis melanjutkan perintah reman tiga beranak termasuk teman lelaki Xin Yuan sehingga 10 Januari depan.

Jumaat lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan adalah antara motif yang disiasat polis ketika ini berkaitan pembunuhan Xin Yuan.

Mayat Xin Yuan ditemui reput di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu, iaitu lapan hari selepas laporan kehilangannya dibuat pada 20 Disember lalu di Kajang.

Beliau berkata, keadaan mayat menyukarkan pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal yang lain.

Katanya, polis juga percaya pembabitan teman lelaki mangsa dalam pembuangan mayat dan siasatan masih dijalankan jika ada individu lain yang membantu suspek membuang mayat mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya