Polis terima laporan penjualan sandwic diragui status halal

Polis terima laporan penjualan sandwic diragui status halal

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima satu aduan berhubung penjualan sandwic berlabel ‘Ham And Cheese’  yang diragui status halal di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pelajar di universiti awam terbabit.

“Satu laporan polis diterima pada Jumaat lalu oleh pelajar institut pengajian tinggi awam tersebut.

“Kes ini telah dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini

Terdahulu, UM menutup serta-merta dua premis kedai serbaneka dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal.

Dalam kenyataan media, UM menyatakan arahan penutupan itu dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan.

Sementara itu, Jakim dalam kenyataan hari ini mengesahkan produk makanan terbabit tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut JAKIM, semakan turut mendapati syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya