Polis terima laporan dakwaan murid dipukul guru - Utusan Malaysia

Polis terima laporan dakwaan murid dipukul guru

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Polis menerima laporan berhubung seorang murid berusia 11 tahun yang didakwa dipukul oleh guru sekolahnya yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan dibuat ibu kepada murid terbabit yang mendakwa anaknya cedera akibat dipukul seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada 10 Disember lalu.

Beliau berkata, namun pengadu menarik semula laporan polis yang dibuat pada 11 Disember lalu dan enggan memanjangkan kes berkenaan.

“Bagaimanapun, baru-baru ini pengadu membuat satu laporan polis memohon pihak polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru lelaki terbabit,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga satu tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya,“ jelasnya.

Sehubungan itu, Juna meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Ujarnya, sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan (IPD) Kerian di talian 05-721 2222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya