Polis tangkap suspek curi kabel selepas dikejar lima kilometer

Polis tangkap suspek curi kabel selepas dikejar lima kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang lelaki dipercayai pencuri kabel berjaya ditahan polis selepas dikejar lebih lima kilometer dari Batu 4 ke Batu 1, Jalan Pantai, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi itu berlaku semasa polis menjalankan tugas rondaan ambang tahun baharu di kawasan Batu 4 di sini.

Menurutnya, sebanyak lima buah kenderaan unit kereta peronda (MPV) telah mengejar kenderaan suspek iaitu jenis Mitsubishi Triton berwarna putih yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel.

“Suspek rakyat tempatan berusia 37 tahun itu telah berjaya ditahan di tepi jalan berdekatan persimpangan lampu isyarat Batu 1, Jalan Pantai dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan telah menjumpai beberapa guni kabel yang telah dibakar dan dadah jenis syabu seberat 19 gram dan ganja seberat 55 gram.

“Suspek yang beralamat di Hulu Langat, Selangor mempunyai 26 rekod kesalahan lampau melibatkan jenayah dan dadah,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Maslan lagi, suspek juga positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) atau ganja dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan.

Menurutnya, dalam kejadian kejar-mengejar itu, seorang anggota polis telah mengalami kecederaan ringan akibat dilanggar oleh kenderaan yang dipandu suspek. 

“Suspek kini telah direman selama empat hari bermula semalam hingga 4 Januari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 dan Seksyen 39a(1) Akta Dadah Berbahaya,” jelasnya.

Sementara itu, video kejadian beberapa MPV polis mengejar kenderaan suspek turut tular di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya