Polis tangguh kelulusan penganjuran sebarang konsert

Polis tangguh kelulusan penganjuran sebarang konsert

Konsert
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menangguhkan sementara kelulusan permit penganjuran konsert terutama yang melibatkan elemen minuman beralkohol bagi menyemak prosedur dan jaminan keselamatan pengunjung serta kawalan terhadap pengedaran dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia bagi memastikan perkara tersebut dapat dikawal serta mengelak daripada sebarang insiden melibatkan kematian seperti yang berlaku dalam konsert Pinkfish sempena ambang tahun baharu, Selasa lalu.

Menurutnya, insiden sedemikian merupakan memberikan impak tidak baik kepada masyarakat dan negara dalam penganjuran aktiviti keramaian yang berakhir dengan kematian.

“Di masa hadapan sekiranya sebarang penganjuran konsert, penganjur perlu memberi jaminan mereka boleh mengawal sebarang kemasukan dadah dalam mana-mana konsert, sekiranya elemen tersebut gagal (dipatuhi), kita tak boleh benarkan sebarang konsert diadakan yang boleh menyebabkan berakhir dengan kematian.

“Jadi, kita perlu melihat penganjuran konsert di masa hadapan, sekiranya dibenarkan bilangan yang boleh hadir mengikut keluasan tempat. Kedua, dari segi keselamatan (bebas) daripada pengedaran dadah.

“Ketiga, pengudaraan, kemungkinan atas sebab kesesakan orang yang terlalu ramai, sesak nafas boleh berlaku kepada mana-mana individu ditambah pula dengan pengambilan dadah dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu, empat dilaporkan maut akibat tidak sedarkan diri selepas menghadiri konsert Pinkfish di Sunway Lagoon pada Selasa lalu. Mereka adalah sebahagian daripada tujuh yang tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital.

Utusan Malaysia melaporkan, polis menerima enam laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung insiden tersebut, bagaimanapun dua masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Jelas Hussein, pada penganjuran konsert pada masa hadapan, penganjur perlu memberi jaminan terhadap keselamatan pengunjung walaupun melibatkan kehadiran ramai seperti di konsert Pinkfish yang dihadiri 14,000 orang.

“Mereka yang hadir dalam konsert itu tidak kurang daripada 14,000 orang, satu bilangan yang ramai.

“Jadi, buat masa ini, polis menahan atau menangguhkan dahulu sebarang kelulusan permit untuk menganjurkan konsert seperti itu sehingga kita dapat satu kepastian, penganjur boleh mengawal perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

“Bagaimana perkara itu masih boleh berlaku walaupun ada kawalan, dalam penganjuran di Sunway Lagoon, pihak penganjur menggunakan polis bantuan dan juga pengawal mereka sendiri.

“Polis hadir, tetapi lebih kepada pemantauan jaga aman di luar, di dalam premis adalah tanggungjawab penganjur untuk menentukan keselamatan pengunjung dan juga lain-lain perkara,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya